Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera
padat menyimpan data?
Data ditulis dengan
mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah
dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling
tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan
darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada
ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas
cahaya.
Jika tidak terdapat
apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa
perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat
lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun
dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer)
panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm
panjang.
Perbezaan CD dan
DVD
Perbezaan ketara
antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti
lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang
begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data
berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB
data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung
kepada jenis format.
Sepertimana cakera
keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima
apa-apa data.
Format
CD
Terdapat banyak
format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi
data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda
untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio,
video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain
CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada
cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam
data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format
DVD
Format DVD agak
keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar
utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai"
format rakaman.
Format
DVD
|
Ciri-ciri
|
DVD-R
|
DVD-recordable, untuk
sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain
DVD.
|
DVD+R
|
Sama seperti DVD-R,
tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-RAM
|
DVD-random access
memory, boleh membaca dan menulis data secara
rawak.
|
DVD-RW
|
DVD-rewritable, sama
seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara
urutan.
|
DVD+RW
|
Sama seperti DVD-RW,
tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
|
DVD-R/W
|
Sama seperti DVD-RW,
tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan
bawah).
|
DVD+R/W
|
Sama seperti DVD+RW,
tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan
bawah)
|
Cakera Optik
Cakera padat seperti
cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik
mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi
6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu
cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai
daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet
seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis
cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera
padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap
jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM adalah
kategori cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB)
hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera
optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM.
Cakera optik jenis
WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat pada, tetapi hanya sekali rakam
sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke
cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama
perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah
contoh cakera optik WORM.
Cakera optik boleh
padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya, dengan teknologi yang
ada pada hari ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh
padam adalah lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini
menggunakan teknologi laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam
dan menghapus data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran
(backup) kepada cakera keras, kerana ia lebih stabil dan tidak berlaku
crash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto
(magneto optical Disk) dan cakera padat boleh baca/tulis
(CD-RW).
Semasa proses merakam
(tulis) data pada cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu
daripada cahaya tersebut meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan
lubang-lubang dalam susunan yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai
(baca) data pula, pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada
permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan diterima
sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima sebagai
nilai 1.
- Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia.
- Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti :
a) Memenuhi Keperluan Pengguna
- Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan.
- Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.
- Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala.
- Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.
- Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan.
- Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.
d) Menghibur dan berinformasi
Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika
interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya
ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian
multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang
menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian
multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak
disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.
- Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna.
No comments:
Post a Comment